Mymi1 ni dah daftar dengan Bank Negara Malaysia? Apa jaminan supaya kami tidak kena tipu nanti?
Ok mcm ni, Mymi1 ni ada produk. Orang bisnes / niaga produk macam gula, beras, barang gudang besar2, angkut bertreler, turn over millon2, tak kena block dgn BNM pun, sebab ada PRODUK. Produk Mymi1 adalah Topup Credit (TC) yang boleh digunakan untuk beli prepaid dan bayar bil-bil postpaid, TNB, ASTRO, UNIFI dan TM.
Mymi1 bukan bisnes Skim Piramid atau Money Game. Mymi1 ada syarikat iaitu Mi1 Global Sdn Bhd dan Mi1 Telco Sdn Bhd. Ibu pejabat syarikat ada di KIP TOWER.
Sejak bila pulak syarikat yang ada Produk perlu mintak kebenaran dengan BNM.
Syarikat-syarikat yang turut menjalankan bisnes Reload dan Pembayaran Bil seperti Maybank, CIMB, RHB dan banyak lagi online bank ada tak kelulusan BNM? Mana surat kebenarannya? Kenapa tak papar surat kebenaran BNM dalam sistem online bank bank tu. Konsepnya sama saja dengan Mymi1.
Mi1 telah mendapat sijil dari Lembaga Pelindung dan Kebajikan Penguna Malaysia.
Jika anda di tipu, sila buat aduan.
Macam mana mymi1 boleh bagi pulangan yang tinggi sehingga 200% pulak tu?
Bila anda beli satu pakej dalam mymi1 sebagai contoh Pakej Diamond (RM1,120), Mymi1 akan laburkan duit tersebut ke dalam telco-telco. Katakanlah dalam satu hari terjual habis RM1,120 tersebut dengan keuntungan 4%. Jadi keuntungan sehari ialah 4% X 1120 = RM44.80.
Begitulah hari-hari seterusnya sehingga 10 hari, maka 44.80 X 10 akan dapat RM448. Dalam Pakej Diamond syarikat akan bagi RM37.50 untuk setiap 10 hari. Apa yang boleh difahami di sini ialah Syarikat akan membayar keuntungan sehari syarikat kepada ahli bagi setiap 10 hari dan akan berterusan sehingga 60 kali.
Jadi RM37.50 x 60 akan jadi RM2250. Nah!!! macam ni lah company boleh bagi keuntungan yang TINGGI, dari MODAL RM1120 menjadi RM2250.
Apa Bukti syarikat mymi1 ini betul-betul buat bisnes?
Sebab setiap hari company memang rolling duit dengan cepat dalam pembelian TC dari TELCO YG JADI MERCHANT PARTNER dalam Mymi1. Setiap telco ada harganya untuk sign mou merchant tu.Semua ada hak persetujuan pembelian pukal dengan telco ni dan ada yang perlu dibayar sehingga 1 juta.
Company membelanjakan RM 5 juta untuk beli Reload Credit secara pukal untuk 4 negara (Malaysia, Indonesia, Thailanddan Singapore) dan setiap hari company akan topup balik ikut jualan harian, dan syarikat fokus telco yg repeat sales tinggi setiap hari. Kalau company Mymi1 jalankan bisnes dalam gelap takkan telco yang besar-besar nak terima.
Ingat senang ke nak dapat kebenaran untuk jual topup dalam sistem online kalau tiada "mou" dgn setiap telco untuk beli credit secara pukal. Dan kenapa Mymi1 postponed untuk masuk Singapore? Sebab tiada persetujuan semasa perbincangan dengan telco sana dengan bayaran yang dikenakan terlampau tinggi untuk 1 telco. Tapi kini Telco Di Singapore telah bersetuju untuk bersama Mi1 Global Sdn Bhd.


No comments:
Post a Comment